Kehidupan Perantau Swami_Vivekananda

Kembali ke Biara Baranagore dan Merantau di Himalaya (1890-91)

Pada awal tahun 1890, Narendra terpaksa pulang ke Biara Baranagore.Kematian Balaram Bose dan Surendranath Mitra menyebabkan biara itu mengalamitekanan kewangan yang kuat. Tiada sesiapa pun dalam kalangan pengikut SriRamakrishna yang mampu menanggung beban kewangan biara itu. Akhirnya, Girish Chandra Ghose dan Mahendranath Gupta menghulurkan bantuan mengikut kemampuanmasing-masing. Narendra berasa lega. Tidak lama kemudian, pada bulan Julai tahun yangsama, beliau bertolak ke pergunungan Himalaya ditemani oleh SwamiAkhandananda, seorang saudara segurunya.

Perjalanan ini merupakan langkah pertama yang membawa Narendra ke Barat. Dalamperjalanan ini, beliau melawat tempat-tempat ibadat seperti Nainital, Almora, Srinagar, Dehradun, Rishikesh dan Haridwar. Pada minggu pertama Ogos1890, Narendra dan Akhandananda tiba di Bhagalpur dan mula menetap ditebing sungai Ganges. Walaupun kelihatan penat, muka rahib-rahib muda inibersinar dengan cahaya rohani. Sekali pandang, orang menjadi tertarik dandatang untuk berkenalan dengan mereka. Pada suatu hari, selepasperjalanan yang jauh tanpa makanan, mereka duduk di tepi jalanyang menghadap sebuah perkuburan Muslim. Narendra hampir pengsan kerana lemah.Akhandananda meninggalkannya di tempat itu untuk mencari air. Penjagaperkuburan itu adalah seorang fakir Muslim yang mempunyai sebuah pondokberdekatan. Melihat keadaan Narendra, dia menyuapnya dengan sebiji timun,satu-satunya makanan yang dia ada. Selepas memakan timun itu, Narendra mendapat sedikit tenaga. Sebentar kemudian, Akhandananda datang membawa air. Tujuh tahun kemudian,apabila Narendra melawat Almora sebagai Swami Vivekananda yang masyhur, fakir inimasih kekal dalam ingatannya. Dengan penuh bersyukur, beliau menceritakan jasa fakir itu kepadateman-temannya, “Lelaki ini sesungguhnya telah menyelamatkan nyawa saya,” lalumemberikannya sedikit wang sebagai tanda penghargaan.

Secara kebetulan, semasa berada diMeerut, Narendra tersempak dengan  Swami Brahmananda, Saradananda,Turiyanandadan Advaitananda. Semua orang berasa seolah-olah mereka telah kembali ke Biara Baranagore! Selama beberapahari, mereka tinggal serumah dan meneruskan dengan aktiviti meditasi,sembahyang dan mempelajari sastera agama. Pada akhir bulan Januari 1891,Narendra mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-saudara segurunya danmeneruskan perjalanan ke Delhi.

Rajputana (1891)

Swami Vivekananda di Madras, 1897

Selepas melawattempat-tempat bersejarah di Delhi, Narendra meneruskan perjalanannya. Destinasiseterusnya ialah Rajputana. Pada Februari 1891, beliau tiba di Alwar. PendudukHindu dan Muslim Alwar menerima kedatangannya dengan ceria.

Narendra berkenalan dengan Raja Alwar bernama Mangal Singh. Raja itu seorang yangberpendidikan barat dan berfikiran moden. MangalSingh bertanya dengan senyuman, “Beta tidak percaya pada penyembahan berhala.Tengok, beta tidak boleh menyembah kayu, tanah, batu, atau logam, seperti oranglain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?” Narendra menjawap, “Saya rasasetiap manusia harus mengikuti agama yang dipercayainya.” Kemudian, Narendra meminta tuan rumahnya untuk membawa gambar Mangal Singh yang digantung didinding rumah itu. Beliau mengambil gambar itu dan berkata kepada tuan rumahnya,“Ludah ke atas gambar ini! Sesiapa sahaja boleh meludah ke atas gambar ini.”Semua orang yang berada di dalam bilik itu menjadi kaku. Apabila Narendra mengulangi “Ludah ke atasnya!” Tuanrumahnya membantah, “Apa yang Swamiji minta saya lakukan? Ini adalah gambarMaharaja kami. Macam mana saya boleh melakukan perkara begitu?” Narendra berujar,“Ia cuma gambar sahaja. Cuma sekeping kertas sahaja. Namun kamu enggan untukmeludah ke atasnya kerana ia adalah bayangan Maharaja kamu. Gambar inimengingatkan kamu tentang Maharaja kamu. Oleh itu, meskipun ia cuma satu objekyang tidak bernyawa, kamu memberinya penghormatan yang sama kamu berikan kepadaMaharaja kamu.” Kemudian Narendra berpaling kepada Mangal Singh dan berkata, Tengok,tuanku; demikian juga penyembahan berhala. Berhala yang diperbuat daripadatanah liat atau logam atau kayu mengingatkan seorang pemuja tentang Tuhan YangMaha Esa. Berhala itu bukan Tuhan tetapi ia mengingatkan pemuja tentang Tuhan.Tidak ada orang yang memuja berhala, mengatakan, “Wahai Batu, saya menyembah-Mu.Wahai Logam, tolong berkati saya.”

Dari Alwar,Narendra bertolak ke Jaipur. Di sini, dengan panduan seorang pendeta Sanskrit,beliau mempelajari Ashtadhyayi oleh Panini. Kemudian, beliau menuju ke Ajmerdan melawat istana Akbar dan Dargah Sharif. Di Gunung Abu berdekatan Khetri, beliau bertemu denganRaja Ajit Singh, pemerintah Khetri. Raja Ajit Singh menjadi seorang pengikutsetia dan sahabat karibnya.

Di Khetri,Narendra memberikan ajaran rohani dan membincangkan pelbagai topik sepertipolitik, sains, pentadbiran, sejarah dan sebagainya. Beliau juga mempelajariMahabhasya Panini. Lebih dua bulan kemudian, pada Oktober 1891, beliaubertolak ke Maharashtra.

India Barat (1891–1892)

Narendra melawatAhmedabad, Wadhwan dan Limbdi. Di Ahmedabad, beliau menyempurnakan pengajian kebudayaanIslam dan Jain. Di Limbdi, beliau bertemu dengan Thakur Saheb Jaswant Singhyang telah kembali dari England dan Amerika. Thakur Saheb merupakan orangpertama yang mencadangkan kepada Narendra untuk mengajar Vedanta di negara-negaraBarat.

Seterusnya, Narendra melawat Junagadh danmenjadi tetamu HaridasViharidas Desai, seorang pegawai istana. Haridas menjadi amat tertarik dengan Narendra. Dalam pertemuan pertama mereka, dia membawa semua pegawai istana untuk bertemu denganNarendra dan berbual-bual dengannya sehingga lewat malam. Narendra juga melawatGirnar, Kutch, Porbander, Dwaraka, Palitana, Nadiad, Nadiad ni haveli dan Baroda. Beliau berada di Porbanderselama sembilan bulan dan meneruskan pembelajaran Sanskrit dan falsafah.

Mahabaleshwar, Pune, Khandwa dan Indore merupakan destinasi berikutnya. Semasaberada di Kathiawar, beliau mendengar tentang PersidanganAgama-Agama Dunia (Parliament of the World's Religions). Penyokong-penyokongnya mendesaknyauntuk menyertai persidangan itu sebagai seorang wakil agama Hindu. Selepas berhentisebentar di Bombay dalam bulan Julai 1892, Narendra bertemu dengan Bal Gangadhar Tilak (seorang ahli politik dan negarawan India) dalam perjalanan. Beliau menjadi tetamu Tilak di Pune. Kemudian,beliau melawat Belgaum dalam Oktober 1892 dan bertolak ke Panaji dan Margaodi Goa. Beliau juga mendapat peluang untuk mempelajari teks-teks agama Kristian dalambahasa Latin di Rachol Seminary, iaitu sebuah biara tertua di Goa.

Selatan(1892–1893)

Narendraseterusnya melawat Bangalore dan berkenalan dengan K. Seshadri Iyer (seorang pegawai istananegeri Mysore ). Iyer memperkenalkanNarendra kepada Raja Mysore, Chamaraja Wodeyar.  Atas jemputan Wodeyar, Narendra tinggal diistana Mysore sebagai tetamu. Raja itu juga memberikan beliau sepucuk suratpengenalan kepada pegawai istana Cochin.

India Selatan

Dari Bangalore,Narendra melawat Trissur, Kodungalloor dan Ernakulam. Seterusnya, beliau melawat Trivandrum,  Nagerkoil dan akhirnya tiba di Kanyakumari. Iaadalah Disember 1892, beberapa hari sebelum Hari Krismas. Di Kanyakumari,Narendra bermeditasi di atas seketul batu besar (kini, ia dikenali sebagaiVivekananda Rock Memorial). Di sinilah Narendra mendapat ilham untuk rancanganpembaharuan India. Dari Kanyakumari,beliau melawat Madurai dan bertemu dengan Raja Ramnad, Bhaskara Sethupathi. Rajaitu menjadi pengikutnya dan mendesaknya untuk menghadiri PersidanganAgama-Agama Dunia di Chicago.

Dari Madurai,Narendra meneruskan perjalanan ke Rameswaram, Pondicherry dan Madras (kinidikenali sebagai Chennai). Di Madras, beliau bertemu dengan beberapa orang pemudayang menjadi pengikut setianya. Dalam kalangan mereka ialah, Alasinga Perumal yangmemainkan peranan utama untuk mengutip derma bagi pelayaran Vivekananda keAmerika. Dengan derma yang dikutip oleh pengikut-pengikutnya di Madras dansumbangan raja-raja Mysore, Ramnad, Khetri dan ramai lagi, Narendrabertolak ke Chicago dari pelabuhan Bombay pada 31 Mei 1893. Sebelum memulakanpelayaran ini, beliau menukar namanya kepada Swami Vivekananda atas cadanganRaja Ajit Singh.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974